Tuesday, May 27, 2014
Friday, May 9, 2014
ANALISIS KARYA AGUNG
1.0 Pendahuluan
Tamadun sesuatu bangsa
adalah warisan daya cipta bangsa itu yang dapat dikesani dan dihayati melalui
karya-karya terdahulu yang ternukil oleh bijak pandai iaitu karyawan, seniman,
pemikir, ahli falsafah dan ilmuan bangsa itu (Hassan Ahmad, 2005). Karya-karya
ini dianggap sebagai karya agung. Oleh itu, karya agung dalam konteks dunia
Melayu boleh ditakrifkan sebagai karya yang nilainya tahan zaman iaitu yang
kekal sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu. Nilai yang
dimaksudkan adalah nilai seninya, budayanya, ilmu dan pemikiran yang terkandung
di dalamnya, nilai pada teknik kepengarangannya yang luar biasa, dan nilai
bahasanya yang tinggi dan indah.
Tegasnya, “karya
agung” ialah karya ulung yang meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan
dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya
ulung ini adalah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan
nilai budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya. Unsur
mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan semestinya hadir dalam karya
seperti itu.
PANDANGAN DAN PEMIKIRAN DALAM HIKAYAT ABDULLAH
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus
Dewan edisi keempat (2010), Pandangan bermaksud anggapan, tanggapan dan
fikiran manakala Pemikiran pula bermaksud perihal berfikir (memikir). Konsep pandangan hidup menurut sarjana Islam, Syed Naquibb al-Attas (172) di dalam buku
Penghayatan karya agung (2013), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam
yang merangkumi hal dunia dan akhirat.
Oleh itu, pandangan hidup dari perspektif Islam ialah pandangan terntang
realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan
seluruha alam. Dalam buku Penghayatan
karya agung (2013), Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh
masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan
segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam. Sehubungan dengan itu, pandangan hidup orang
Melayu lazimnya melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, dengan alam dan
hubungan sesama manusia.
Pemikiran
di dalam karya sastera pula bermaksud subjek yang dibawakan oleh
pengarang. Bermula daripada idea dan
pengalaman yang dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk
dijelmakan menjadi persoalan dan tema sesebuah karya. Daripada situlah ia dikembangkan untuk
menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk pemikiran dan idealisme pengarang.
(Penghayatan karya agung Melayu, 2013:57).
Selain itu, Pemikiran juga merupakan sesuatu yang muncul di dalam minda
seseorang atau anggota masyarakat berupa idea, pandangan, fahaman, kepercayaan
dan sebagainya yang merangkumi semua aspek termasuk world view( Haron
Daud:2001). Seterusnya, menurut Talib Samat (2002) pula, Pemikiran menjadi
intipati dan ciri penting dalam hasil penulisan seseorang penulis kerana
pemikiran mencerminkan tahap prestasi, pencapaian dan martabat karyanya. Pemikiran menjadi kayu pengukur mutu
penghasilan karya seseorang penulis.
Wednesday, May 7, 2014
FALSAFAH BAHASA DALAM KITAB PENGETAHUAN BAHASA
1.0 Pengenalan
Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan
karya kedua Raja Ali Haji berkaitan dengan bahasa Melayu. Kitab ini dihasilkan
berdasarkan catatan pada naskah kajian pada tahun 1275H/ 1858M iaitu kira-kira
lapan tahun sesudah karyanya yang pertama bertajuk Bustan al-Katibin (1267H/ 1850M). Kedua-dua karya beliau ini adalah
tentang bahasa yang merupakan warisan yang amat berharga serta menjadi
penyambung kepada tradisi pengajian bahasa dalam Islam yang bermula sejak zaman
awal Islam lagi.
Dalam Kitab Pengetahuan
Bahasa telah dihuraikan tentang perbendaharaan kata bahasa Melayu iaitu
meletakkan kedudukan sesuatu dari segi martabat kewujudan, kejadian dan
kemuliaan pada tempatnya yang tepat dan wajar. Raja Ali Haji menghuraikan
dengan ringkas nahu bahasa Melayu berdasarkan konsep, istilah dan huraian nahu
bahasa Arab, serta makna dan penggunaan kosa kata Melayu iaitu bermula daripada
perkataan yang berhuruf atau berabjad alif
tetapi hanya sehingga berabajad ca
sahaja.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM HIKAYAT HANG TUAH
1.0 Pengenalan
Hikayat Hang Tuah ialah
epik kebanggaan Melayu yang menggambarkan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang
Tuah sejak beliau masih kecil lagi. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya
iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu yang sentiasa setia
disampingnya. Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya merupakan lambang kesetiaan
bangsa Melayu terhadap raja yang tidak berbelah bahagi terutama dalam
masyarakat Melayu feudal.
Pelbagai watak
protagonis dan antagonis menarik yang terdapat di dalam karya agung ini yang
dapat menarik minat pembaca atau pelajar untuk terus menikmati karya epik ini.
Watak utama di dalam Hikayat ini ialah Hang Tuah manakala watak-watak lain
seperti Patih Gajah Mada, Raja Melaka, Tun Teja, Bendahara Paduka Raja dan
lain-lain merupakan watak sampingan untuk menghidupkan dan memperhebat lagi
hikayat ini. Watak dan perwatakan ini
boleh dijadikan teladan atau pun falsafah hidup kepada pembaca kerana karya
agung ini menampilkan banyak unsur pengajaran dan nilai-nilai murni yang boleh
diambil iktibar. Contohnya ialah kesetiaan kepada raja dan negara, semangat
setia kawan, patriotisme, tidak mungkir janji, kekejaman pemerintah dan
sebagainya.
Sebab-Sebab Syeikh Nuruddin ar-Raniri Menentang Ajaran Hamzah Fansuri
Abstrak
Hamzah
Fansuri dan Syeikh Nuruddin ar-Raniri merupakan tokoh yang sangat terkenal
suatu ketika dahulu. Walaupun dilahirkan
di negara yang sama, kedus-dua tokoh tersebut masih tidak dapat menerima
pendapat masing-masing. Karya-karya yang
dihasilkan oleh mereka amat berkualiti dan banyak berkisar tentang aspek
keagamaan. Hamzah Fansuri lebih kepada
pegangan ilmu tasawuf heterodoks , manakala Syeikh Nuruddin ar-Raniri pula lebih kepada fahaman ilmu tasawuf
ortodoks. Hal ini menyebabkan kedua-dua
tokoh tersebut tidah sehaluan terutamanya dalam ilmu tasawuf tersebut. Dalam hal ini, Syeikh Nuruddin ar-Raniri
menolak keras tentang aliran Wahdatul Wujud yang dipegang oleh Hamzah
Fansuri. Hal ini lebih mendorongkan lagi
untuk Syeikh Nuruddin ar-Raniri mengatakan Hamzah Fansuri menyebarkan ilmu
sesat. Dalam hal ini, Syamsuddin al-Sumaterani telah
menjadi pengikut setia Hamzah Fansuri.
1.0 Pengenalan
Syeikh Nuruddin ar-Raniri pernah menulis dalam bukunya Bustan
al Salatin tentang ulama-ulama dari Mekah dan Gujerat dating mengajar di Acheh. Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak nama
tersebut Syeikh Nuruddin langsung tidak menyebut tentang Hamzah Fansuri
sedangkan Hamzah Fansuri juga ialah seorang ulama yang terkenal pada waktu
itu. Melalui buku-buku yang dikaji,
pengkaji dapat mentafsirkan bahawa sebab utama Syeikh Nuruddin ar-Raniri tidak
dapat menerima fahaman Hamzah Fansuri disebabkan oleh Hamzah Fansuri
mengamalkan aliran Wahdatul Wujud.
ANALISIS KARYA AGUNG
BUSTAN AL-KATIBIN
Konsep Penulisan
Bustan
al-Katibin merupakan tulisan yang paling awal tentang bahasa Melayu yang
disusun oleh orang Melayu, iaitu Raja Ali Haji yang berasal dari Pulau
Penyengat di Kepulauan Riau. Berdasarkan
hikayat ini, Raja Ali Haji cuba menyemaikan konsep adab yang sebenar sebagai
satu kaedah disiplin yang membolehkan seseorang Melayu itu mengenali tertib
kedudukan dirinya dalam masyarakat dan alam sekitarnya yang nyata serta yang
ghaib dengan lebih tepat dan wajar, tertib kedudukan ilmu, yang semua itu akan
membawa kepada pengenalan dan pengakuan terhadap kedudukan Tuhan yang tertinggi
dalam seluruh martabat kewujudan.
Kesemua itu hanya boleh disemai melalui pengajaran bahasa, ilmu dan adab
yang diperturunkan kepada aseluruh masyarakat Islam dari zaman permulaan Islam
lagi.
Selain itu, konsep penulisan yang
terdapat dalam hikayat ini adalah secara langsung diambil daripada bahasa
Arab. Hikayat ini yang menekankan
tentang bidang nahu bahasa Melayu iaitu bidang fonologi, morfologi, dan
sintaksis keseluruhannya dipinjam dalam bahasa Arab. Pengaruh bahasa Arab dalam nahu bahasa Melayu
yang terdapat dalam hikayat Bustan al-Katibin ini adalah disebabkan oleh latar
belakang pendidikan Raja Ali Haji yang amat menguasai bahasa Arab. Oleh hal yang demikianlah hasil karyanya
turut dipengaruhi oleh bahasa Arab.
NILAI ILMU DAN MAKLUMAT
Ilmu Firasat
Ilmu firasat merupakan
salah satu bentuk ilmu yang berkait rapat dengan kebolehan “membaca” perwatakan
manusia melalui tanda yang ada pada tubuh. Tanda pada tubuh tersebut bukan
sesuatu yang dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi berdasarkan kepercayaan
dan pengalaman yang hidup subur dalam nilai budaya dan amalan hidup masyarakat.
Antara karya yang memuatkan penceritaan tentang firasat ialah Taj al –Salatin
dan Bustan al-Salatin.
Medan makna firasat dalam The Encyclopedia of Islam didefinisikan sebagai:
“ a technique of inductive divination which permits the foretelling of moral
conditions and psychological behaviour from external indications and physical
states. These indications are provided by colours, forms and limbs; they reveal
the secrets of characters and minds”
(The
Encyclopedia of Islam, 1991: 916)
CONTOH KARYA AGUNG
Tuhfat Al-Nafis
Tuhfat
al-Nafis adalah sebuah buku sejarah karangan Raja Ali Haji, sasterawan dari
Riau dan pangeran kesultanan Riau-Lingga keturunan Bugis. Karya ini telah
dikarang pada 3 Syaaban 1282H iaitu bersamaan 1865M dan dikayakan sebagai
lanjutan daripada Salasilah Melayu dan Bugis. Tuhfat al-Nafis bermaksud “hadiah
paling berharga” yang merupakan sebuah karya sejarah yang mengisahkan tentang
sejarah Kepulauan Riau-Lingga, Siak, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan
Betawi pada awal abad ke-19. Karya ini juga dikatakan kitab sejarah yang
terpenting dalam kesusaateraan Melayu selepas Sulalatus Salatin karya Tun Seri
lanang, seorang Bendahara di Johor sekitar tahun 1612.
Karya ini menceritakan tentang sejarah Kerajaan
Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan
Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling
kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad
ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga
pertengahan abad ke-19. Tuhfat al-Nafis meliputi penceritaan tentang kerajaan
Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi.
Karya ini dimulakan dengan ringkasan yang diambil daripada Sulatus Salatin atau
Sejarah Melayu. Seterusnya, penulis menceritakan dengan lebih terperinci mengenai
sejarah Kesultanan Johor-Riau. Watak utama dalam Tuhfat al-Nafis adalah
orang-orang Bugis yang dikatakan gagah dan berdiplomasi sehinggakan dapat
meraih kedudukan penting di negeri-negeri Riau, Selangor, Sambas dan
Matan-Sukadana.
IDEALISME DAN FALSAFAH DALAM KARYA AGUNG MELAYU
Idealisme dan Falsafah Melayu
Idealisme
dan falsafah diadaptasikan oleh tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk
memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya
agung itu. Penerapan kedua-dua elemen ini dalam sesuatu karya agung amat
diperlukan dalam pengoperasian sesuatu karya agung. Idealisme adalah sifat
iaitu sikap atau perbuatan melihat atau mencita-citakan sesuuatu dalam bentuk
yang ideal. Idealisme didefinisikan sebagai satu sifat dalam bentuk yang ideal
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Idealisme adalah pemikiran seseorang tokoh
dalam melahirkan karyanya. Manakala falsafah menurut Hashim Hj. Musa (2006)
ialah kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat
seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang
pengetahuan manusia.
Idealisme bersumberkan
alam
Idealisme
bersumberkan alam ini dapat dibahagikan kepada kategori seperti berkaitan
tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan lain-lain. Idealisme ini
terbahagi kepada beberapa aliran iaitu romantisme, simbolisme,
ekspresionalisme, mistisma, surealisme. Antara kesemua aliran ini hanya
simbolisme sahaja yang meyentuh mengenai sumber alam iaitu aliran kesusasteraan
yang menyajikan tokoh-tokoh bukan manusia tetapi binatang dan tumbuh-tumbuhan
yang disimbolkan sebagai perilaku manusia (Mohd Rashid Md Idris, 2014: 230).
Pengarang-pengarang Melayu pada zaman dahulu menggunakan sumber alam untuk
menyampaikan sesuatu. Antara contoh idealisme bersumberkan alam ialah:
UNSUR-UNSUR SEJARAH DALAM HIKAYAT RAJA PASAI
Sejarah Mitos Kelahiran Puteri Betung ( Puteri Betong)
Semasa Raja Muhammad dan rakyatnya menebas hutan
rimba, terdapat serumpun buluh yang mempunyai betung yang amat
tebal. Walaupun betung itu telah ditebas, betung tersebut akan
tumbuh semula. Oleh itu, apabila Raja Muhammad mengetahui tentang hal
ini, baginda sendiri turun ke hutan untuk menebas betung yang di perkatakan oleh
rakyatnya itu. Dalam usaha Raja Muhammad menebas rebung itu, baginda
hairan melihat rebung yang paling besar di antara rebung-rebung yang
lain. Rebung itu boleh diibaratkan sebesar badan manusia. Kemudian semasa
Raja Muhammad ingin menebas betung itu, secara tiba-tiba muncul seorang bayi
perempuan yang amat cantik dan sempurna sifatnya. Raja Muhammad telah
mengambil dan membawa bayi itu ke istanan. Setibanya di rumah, Raja Muhammad
menceritakan peristiwa yang dialami kepada isterinya. Selepas itu, mereka
sepakat untuk memelihara bayi itu dan menamakannya sebagai “Puteri
Betung”.
HAMZAH FANSURI
Menurut Ismail Yusoff dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru
(2008), Hamzah Fansuri merupakan seorang tokoh agama yang terkenal dengan
menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.
Menurut Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku
Ismail Yusoff ini, tempat dan tarikh
Hamzah Fansuri dilahirkan masih belum diketahui. Namun begitu, Hamzah Fansuri disahkan hidup
ketika pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah IV Saiyidil Mukammil (
1589-1604) hingga awal pemerintahan Sultan Iskandar Muda Ali Riayat Shah V (1604-1607)
sehinggalah pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636).
Menurut Ismail Hamid dalam bukunya Perkembangan
Kesusasteraan Melayu Lama (1987), Hamzah Fansuri dilahirkan di sebuah kampung
yang bernama Fansur. Pada zaman
Kesultanan Acheh, kampung Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di
daerah Acheh Selatan. Ayah Hamzah
merupakan seorang ulama yang terkenal di Barus dan disebabkan itulah beliau
turut menurut jejak langkah ayahnya sehingga menjadi seorang tokoh ulama yang
besar.
SHEIKH NURUDDIN AL-RANIRI
Menurut Ismail Hamid dalam bukunya Perkembangan
Kesusateraan Melayu Lama (1987), Syeikh Nuruddin ar- Raniri adalah seorang
ulama yang dilahirkan di Ranir, Gujarat, India dan berketurunan Arab
Quraisy. Ayahnya berasal daripada keturunan
Arab. Ketika itu, bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan di Asia
Tenggara dan dipelajari oleh pelbagai
bangsa yang mengunjungi Alam Melayu.
Tambahan lagi, bapa saudaranya yang bertugas sebagai guru tasawuf di
Acheh mendorong Syeikh Nuruddin untuk mempelajari Bahasa Melayu. Pada tahun 1637, Syeikh Nuruddin telah
kembali ke Acheh selepas berada di Mekah selama beberapa tahun iaitu pada
pemerintahan Sultan Iskandar Sani.
DEFINISI DAN ETIMOLOGI MELAYU
Etimologi bermaksud kajian asal usul dan
sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. Menurut Mohd Rashid
(2007), Melayu itu bermula daripada perkataan Sanskrit ‘Malaya’ atau
daripada perkataan Tamil ‘Malai’ yang bermaksud bukit atau tanah tinggi.
Orang Portugis menggelarnya sebagai Malayo. Menurut Abdul Rashid (2005) dalam
kajian Zuber Osman sebelum menentukan apa itu bahasa Melayu, terlebih dahulu
tentukan pengertian perkataan ‘Melayu’. Perkataan Melayu berasal
daripada ‘Himalaya’ yang telah disingkatkan kepada ‘Malaya’, daan
kemudiannya menjadi Melayu. Perkataan ‘Himalaya’ berasal daripada perkataan ‘hima’
dan ‘alaya’. ‘Hima’ bermaksud salji atau salju. Manakala ‘alaya’
bermaksud tempat. Oleh itu, hima alaya maksudnya ialah tempat sejuk,
seperti di puncak gunung ganang yang
tinggi.
Tuesday, May 6, 2014
DEFINISI KARYA AGUNG
Karya Agung ialah
karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan
falsafah hidup yang berkekalan kepada sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap
sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya
itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi
dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India,
Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah,
sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala
mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman,
dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya
sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)