Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

KOLEKSI ARTIKEL KARYA AGUNG

1. Pembukuan Karya

2. Kebenaran Dua Karyta Agung Melayu

3. Ilmu Ketatanegaraan Melayu Abad ke-19 : Kajian Terhadap Karya Raja Ali Haji

4. Dua Karya Agung Melayu 'Dibedah Siasat'

5. Raja Ali Haji

ANALISIS KARYA AGUNG

BUSTAN AL-KATIBIN 

Konsep Penulisan
Bustan al-Katibin merupakan tulisan yang paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh orang Melayu, iaitu Raja Ali Haji yang berasal dari Pulau Penyengat di Kepulauan Riau.  Berdasarkan hikayat ini, Raja Ali Haji cuba menyemaikan konsep adab yang sebenar sebagai satu kaedah disiplin yang membolehkan seseorang Melayu itu mengenali tertib kedudukan dirinya dalam masyarakat dan alam sekitarnya yang nyata serta yang ghaib dengan lebih tepat dan wajar, tertib kedudukan ilmu, yang semua itu akan membawa kepada pengenalan dan pengakuan terhadap kedudukan Tuhan yang tertinggi dalam seluruh martabat kewujudan.  Kesemua itu hanya boleh disemai melalui pengajaran bahasa, ilmu dan adab yang diperturunkan kepada aseluruh masyarakat Islam dari zaman permulaan Islam lagi.
            Selain itu, konsep penulisan yang terdapat dalam hikayat ini adalah secara langsung diambil daripada bahasa Arab.  Hikayat ini yang menekankan tentang bidang nahu bahasa Melayu iaitu bidang fonologi, morfologi, dan sintaksis keseluruhannya dipinjam dalam bahasa Arab.  Pengaruh bahasa Arab dalam nahu bahasa Melayu yang terdapat dalam hikayat Bustan al-Katibin ini adalah disebabkan oleh latar belakang pendidikan Raja Ali Haji yang amat menguasai bahasa Arab.  Oleh hal yang demikianlah hasil karyanya turut dipengaruhi oleh bahasa Arab.  

NILAI ILMU DAN MAKLUMAT

Ilmu Firasat

Ilmu firasat merupakan salah satu bentuk ilmu yang berkait rapat dengan kebolehan “membaca” perwatakan manusia melalui tanda yang ada pada tubuh. Tanda pada tubuh tersebut bukan sesuatu yang dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi berdasarkan kepercayaan dan pengalaman yang hidup subur dalam nilai budaya dan amalan hidup masyarakat. Antara karya yang memuatkan penceritaan tentang firasat ialah Taj al –Salatin dan Bustan al-Salatin.

Medan makna firasat dalam The Encyclopedia of Islam didefinisikan sebagai: “ a technique of inductive divination which permits the foretelling of moral conditions and psychological behaviour from external indications and physical states. These indications are provided by colours, forms and limbs; they reveal the secrets of characters and minds
                                                                      (The Encyclopedia of Islam, 1991: 916)

CONTOH KARYA AGUNG

Tuhfat Al-Nafis

Tuhfat al-Nafis adalah sebuah buku sejarah karangan Raja Ali Haji, sasterawan dari Riau dan pangeran kesultanan Riau-Lingga keturunan Bugis. Karya ini telah dikarang pada 3 Syaaban 1282H iaitu bersamaan 1865M dan dikayakan sebagai lanjutan daripada Salasilah Melayu dan Bugis. Tuhfat al-Nafis bermaksud “hadiah paling berharga” yang merupakan sebuah karya sejarah yang mengisahkan tentang sejarah Kepulauan Riau-Lingga, Siak, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi pada awal abad ke-19. Karya ini juga dikatakan kitab sejarah yang terpenting dalam kesusaateraan Melayu selepas Sulalatus Salatin karya Tun Seri lanang, seorang Bendahara di Johor sekitar tahun 1612.

Karya ini menceritakan tentang sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Tuhfat al-Nafis meliputi penceritaan tentang kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi. Karya ini dimulakan dengan ringkasan yang diambil daripada Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu. Seterusnya, penulis menceritakan dengan lebih terperinci mengenai sejarah Kesultanan Johor-Riau. Watak utama dalam Tuhfat al-Nafis adalah orang-orang Bugis yang dikatakan gagah dan berdiplomasi sehinggakan dapat meraih kedudukan penting di negeri-negeri Riau, Selangor, Sambas dan Matan-Sukadana.

IDEALISME DAN FALSAFAH DALAM KARYA AGUNG MELAYU

Idealisme  dan Falsafah Melayu

Idealisme dan falsafah diadaptasikan oleh tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Penerapan kedua-dua elemen ini dalam sesuatu karya agung amat diperlukan dalam pengoperasian sesuatu karya agung. Idealisme adalah sifat iaitu sikap atau perbuatan melihat atau mencita-citakan sesuuatu dalam bentuk yang ideal. Idealisme didefinisikan sebagai satu sifat dalam bentuk yang ideal (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Idealisme adalah pemikiran seseorang tokoh dalam melahirkan karyanya. Manakala falsafah menurut Hashim Hj. Musa (2006) ialah kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia.

Idealisme bersumberkan alam

Idealisme bersumberkan alam ini dapat dibahagikan kepada kategori seperti berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan lain-lain. Idealisme ini terbahagi kepada beberapa aliran iaitu romantisme, simbolisme, ekspresionalisme, mistisma, surealisme. Antara kesemua aliran ini hanya simbolisme sahaja yang meyentuh mengenai sumber alam iaitu aliran kesusasteraan yang menyajikan tokoh-tokoh bukan manusia tetapi binatang dan tumbuh-tumbuhan yang disimbolkan sebagai perilaku manusia (Mohd Rashid Md Idris, 2014: 230). Pengarang-pengarang Melayu pada zaman dahulu menggunakan sumber alam untuk menyampaikan sesuatu. Antara contoh idealisme bersumberkan alam ialah: