Ilmu Firasat
Ilmu firasat merupakan
salah satu bentuk ilmu yang berkait rapat dengan kebolehan “membaca” perwatakan
manusia melalui tanda yang ada pada tubuh. Tanda pada tubuh tersebut bukan
sesuatu yang dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi berdasarkan kepercayaan
dan pengalaman yang hidup subur dalam nilai budaya dan amalan hidup masyarakat.
Antara karya yang memuatkan penceritaan tentang firasat ialah Taj al –Salatin
dan Bustan al-Salatin.
Medan makna firasat dalam The Encyclopedia of Islam didefinisikan sebagai:
“ a technique of inductive divination which permits the foretelling of moral
conditions and psychological behaviour from external indications and physical
states. These indications are provided by colours, forms and limbs; they reveal
the secrets of characters and minds”
(The
Encyclopedia of Islam, 1991: 916)
Antara unsur ilmu yang termasuk dalam medan makna ilmu firasat adalah
seperti dalam senarai berikut: Birth- marks and beuty spot, palmistry,
character as revealed from shoulder-blades, examination of foot-prints,
examination of morphoscopic or genealogical lines, finding one’s bearing in
deserts, dowsing, detection of precious metals, signs foretelling rain, the
unravelling pf secret analogies between present and future events, divination
by means of palm-trees (palmomancy).
(The Encyclopedia of Islam, 1991: 915)
Kewujudan ilmu firasat dalam tradisi keilmuan Islam paling
ketara dapat ditemui khazanah kesusasteraan Arab dan Parsi khususnya yang
berkaitan dengan cerIta tentang nabi, khalifah, aulia, ahli tasawuf, orang
alim, raja yang bijaksana dan sebagainya. Antara tokoh ilmuwan Islam yang
sering muncul dalam cerita tentang ilmu firasat termasuklah Khalifah Umar al-
Khattab dan Imam Syafii. Dalam konteks ini, cerita tentang ilu firasat tersebut
bukan sahaja berperanan untuk memperlihatkan kelebihanttokoh, tetapi juga
mengandungi pelbagai nasihat, pengajaran dan panduan tentang akal budi,
tatasusila kesopanan dan adab tingkah laku manusia. Dengan kata lain, cerita
tentang ilmu firasat juga merupakan sebahagian penting dalam tradisi
kesusasteraan yang hidup subur dalam kesusasteraan Islam.
Antara karya khusus tentang ilmu firasat ialah Al- Siyasa fi’ilm al
–firasa oleh Shams al –Din Abu Abd Allah Muhammad ibn Ibrahim ibn Abi Talib al-
Ansari Al- Sufi al- Dimashki (m. 1327), Risala fi’ilm al-firasa oleh Fakhr
al-Din al- Razi (m1209), Risala fi’l- firasa oleh Ya;kub ibn Ishak al-Kindi dan
Al-Firaasat oleh Ibn Kayyim al- Djawziyya. Maksud firasat seperti yang
dinyatakan jelas menunjukkan kekayaan ilmu firasat Melayu zaman silam yang
boleh “membaca” fikiran dan jiwa manusia berdasarkan tanda yang tertentu. Dalam
kehidupan masyarakat Melayu, maksud firasat sering kali menjelma dalam pelbagai
istilah yang berbeza-beza tetapi mempunyai maksud yang sama, antara lain,
melalui kata-kata, “ gerak rasa”, “gerak hati” dan sebagainya. Mungkin orang
yang mempunyai ilmu firasat yang tinggi dapat membaca fikiran dan keperibadian
manusia hanya dengan melihat rupa atau “air muka” seseorang.
Penulisan tentang ilmu firasat dalam Bustan al-Salatin terdapat dalam bab
VII karya yang berkenaan dan terbahagi kepada empat bahagian yang utama. Dalam
bahagian yang pertama, Nuruddin al- Raniri menumpukan perhatian kepada definisi
dan pembahagian umum tentang ilmu firasat. Menurut Nuruddin al-Raniri, ilmu
firasat ialah ilmu tentang kaedah atau cara (rencana) untuk mengetahui
kelakukan zahir dan batin manusia berdasarkan bukti tertentu (dalil dan kias).
Kaedah untuk mengetahui kelakuan manusia itu terbahagi kepada dua bahagian,
iaitu firasat “hakimi” dan firasat “ shar’i”. Hal ini dinyatakan oleh Nuruddin
al-Raniri dalam bahagian tajuk fasal tentang firasat: Fasal yang kedua pada
menyatakan ilmu firasat iaitu rencana daripada dalil dan kias dengan dia
daripada kelakuan zahir kepada kelakuan batin. Mereka itu terbahagi atas dua
bahagi: pertama –tama hakimi, kedua shar’i.
(Bustan al-Salatin, SOAS MS 35600: 32)
Dalam huraian yang seterusnya, Nuruddin al-Raniri memperincikan makna
firasat ‘hakimi dan ‘shar’i’. Menurutnya, firasat ‘hakimi’ merupakan peringkat
ilmu firasat yang boleh dimiliki oleh manusia biasa dan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu ‘qiafat’ dan ‘firasat’. ‘Qiafat’ berkaitan dengan ilmu untuk
mengetahui sifat manusia berdasarkan ciri fizikalnya, sementara ‘firasat’
berkaitan dengan ilmu untuk mengetahui sifat manusia berdasarkan perbuatan dan
kepercayaannya. Hal ini dinyatakan yang berikut: Maka yang hakimi itu terbahagi
atas dua bahagi pula. Pertama-tama qiafat, iaitu mengetahui akan tanda
kebajikan dan kejahatan daripada segala rupa manusia. Kedua, firasat, iaitu
mengentahui tanda kebajikan dan kejahatan daripada kelakuan segala manusia, dan
kepercayaan, dan perbuatan, dan perkataannya.
(Bustan al-Salatin, SOAS MS 35600: 32)
Berbanding dengan firasat ‘hakimi’ yang boleh dimiliki oleh manusia biasa,
firasat shar’i pula lebih khusus kepada golongan tertentu, iaitu orang arif,
anbia dan aulia Allah. Golongan anbia( nabi), aulia (wali), dan ahli Sufi
khususnya merupakan golongan manusia yang sangat istimewa, yang sangat dikasihi
Allah dan sentiasa menerima cahaya petunjuk daripada Allah. Makna ilmu firasat
yang sedemikian menepati definisi firasat yang terdapat dalam A Dictionary Of
Islam seperti yang berikut: A Sufi term for the enlighttenment of the heart. A
penetration into the secrets of the unknown”. (Hughes, 1982: 128). Hal ini
menunjukkan ilmu firasat ‘shar’i’ sangat istimewa, yang merupakan ‘suatu gerak
hati anugerah Allah taala’ kepada hamba-Nya yang pilihan sahaja” Adapun firasat
shar’i itu, kata segala arif, iaitu suatu gerak hati daripada anugerah Allah
taala dengan tilik kepada suatu tanda seperti tilik kepada firasat hakimi jua.
Itulah firasat segala anbia dan segala arif dan aulia Allah.
(Bustan al-Salatin, SOAS MS 25600: 32)
FIRASAT HAKIMI dapat
dimiliki oleh manusia biasa Qiafat: ilmu firasat berdasarkan tanda pada tubuh
manusia. Bersifat Alam biasa firasat berdasarkan perbuatan, tingkah laku dan
percakapan
FIRASAT SHAR’I hanya
dimiliki manusia pilihan (sufi/ anbia/ aulia/) Bersifat firasat berdasarkan
alam tinggi ‘gerak hati anugerah daripada Allah taala’.
Dalam bahagian kedua huraian tentang ilmu firasat terdapat pelbagai
petikan yang berkaitan dengan ilmu firasat yang diambil daripada al-Quran,
hadis dan kata orang bijak pandai. Petikan tersebut memainkan peranan yang
sangat penting sebagai bukti nyata tentang kewujudan firasat sebagai contoh
petikan al-Quran, hadis dan kata orang bijak pandai yang berkaitan dengan ilmu
firasat tersebut adalah seperti yang berikut:
Petikan al-Quran (surah al-Fath: 29) ‘Tanda bahagia mereka
itu kelihatan pada muka mereka itu daripada bekas sujudnya’
(Bustan al-Salatin,
SOAS MS35600: 33)
Bahagian ketiga merupakan huraian lanjut tentang firasat hakimi,
khususnya tentang firasat ‘qiafat’, yakni tentang tanda pada tubuh badan
manusia. Bahagian ini terdiri daripada 9 halaman
(Bustan al-Salatin, SOAS MS 35600: 38-46)
Jika dibandingkan dengan Taj al-Salatin, huraian dalam Bustan al-Salatin
tentang tanda tubuh badan manusia lebih banyak dan panjang. Secara
keseluruhannya, terlihat kecenderungan Nuruddin al- Raniri untuk memilih sifat
manusia yang sederhana sebagai sifat terbaik dan terpuji:
Maka adalah tanda kebajikan pada
segala pekerjaan dan perbuatan dan kelakuan dan rupa sekalian itu pada manusia
ugahari dan sederhana.
(Bustan al-Salatin, SOAS MS 35600: 33)
Bahagian keempat merupakan bahagian penghayatan ilmu firasat dalam tradisi
kesuasteraan Islam. Dalam bahagian ini, Nuruddin al- Raniri memperhalus
perbicaraannya tentang ilmu firasat melalui beberapa contoh cerita yang
berkaitan dengan ilmu tersebut, termasuklah cerita tentang nabi, khalifah,
ulama dan raja. Dalam cerita berkenaan memperlihatkan bagaimana pengetahuan
dalam ilmu firasat membantu seseorang mengenali perwatakan orang yang
berhubungan dengannya dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah yang timbul.
Pengetahuan dalam ilmu firasat juga dapat membantu seseorang memilih manusia
yang benar dan dapat menghindarkan diri daripada manusia yang tidak berbudi
pekerti.
RUJUKAN
Jelani harun (2003).
Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ani Hj. Omar (2011).
Apresiasi Teori Kesusasteraan Melayu. Perak : Emeritus Publications.
Hamka (1978). Soal
Jawab Agama Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Melayu Baru.
No comments:
Post a Comment