Friday, May 9, 2014

ANALISIS KARYA AGUNG

1.0 Pendahuluan
Tamadun sesuatu bangsa adalah warisan daya cipta bangsa itu yang dapat dikesani dan dihayati melalui karya-karya terdahulu yang ternukil oleh bijak pandai iaitu karyawan, seniman, pemikir, ahli falsafah dan ilmuan bangsa itu (Hassan Ahmad, 2005). Karya-karya ini dianggap sebagai karya agung. Oleh itu, karya agung dalam konteks dunia Melayu boleh ditakrifkan sebagai karya yang nilainya tahan zaman iaitu yang kekal sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu. Nilai yang dimaksudkan adalah nilai seninya, budayanya, ilmu dan pemikiran yang terkandung di dalamnya, nilai pada teknik kepengarangannya yang luar biasa, dan nilai bahasanya yang tinggi dan indah.

Tegasnya, “karya agung” ialah karya ulung yang meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya ulung ini adalah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya. Unsur mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan semestinya hadir dalam karya seperti itu.

PANDANGAN DAN PEMIKIRAN DALAM HIKAYAT ABDULLAH

1.0       PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), Pandangan bermaksud anggapan, tanggapan dan fikiran manakala Pemikiran pula bermaksud perihal berfikir (memikir). Konsep  pandangan hidup menurut sarjana Islam,  Syed Naquibb al-Attas (172) di dalam buku Penghayatan karya agung (2013), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat.  Oleh itu, pandangan hidup dari perspektif Islam ialah pandangan terntang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruha alam. Dalam buku  Penghayatan karya agung (2013), Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam.  Sehubungan dengan itu, pandangan hidup orang Melayu lazimnya melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, dengan alam dan hubungan sesama manusia.
Pemikiran di dalam karya sastera pula bermaksud subjek yang dibawakan oleh pengarang.  Bermula daripada idea dan pengalaman yang dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema sesebuah karya.  Daripada situlah ia dikembangkan untuk menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk pemikiran dan idealisme pengarang. (Penghayatan karya agung Melayu, 2013:57).  Selain itu, Pemikiran juga merupakan sesuatu yang muncul di dalam minda seseorang atau anggota masyarakat berupa idea, pandangan, fahaman, kepercayaan dan sebagainya yang merangkumi semua aspek termasuk world view( Haron Daud:2001). Seterusnya, menurut Talib Samat (2002) pula, Pemikiran menjadi intipati dan ciri penting dalam hasil penulisan seseorang penulis kerana pemikiran mencerminkan tahap prestasi, pencapaian dan martabat karyanya.  Pemikiran menjadi kayu pengukur mutu penghasilan karya seseorang penulis.

Wednesday, May 7, 2014

VIDEO KAMI


CIK BLOG KARYA AGUNG

SULALATUS SALATIN


KOLEKSI ARTIKEL KARYA AGUNG

1. Pembukuan Karya

2. Kebenaran Dua Karyta Agung Melayu

3. Ilmu Ketatanegaraan Melayu Abad ke-19 : Kajian Terhadap Karya Raja Ali Haji

4. Dua Karya Agung Melayu 'Dibedah Siasat'

5. Raja Ali Haji

I LA GALIGO


HIKAYAT HANG TUAH


FALSAFAH BAHASA DALAM KITAB PENGETAHUAN BAHASA

1.0 Pengenalan
Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan karya kedua Raja Ali Haji berkaitan dengan bahasa Melayu. Kitab ini dihasilkan berdasarkan catatan pada naskah kajian pada tahun 1275H/ 1858M iaitu kira-kira lapan tahun sesudah karyanya yang pertama bertajuk Bustan al-Katibin (1267H/ 1850M). Kedua-dua karya beliau ini adalah tentang bahasa yang merupakan warisan yang amat berharga serta menjadi penyambung kepada tradisi pengajian bahasa dalam Islam yang bermula sejak zaman awal Islam lagi.
Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa telah dihuraikan tentang perbendaharaan kata bahasa Melayu iaitu meletakkan kedudukan sesuatu dari segi martabat kewujudan, kejadian dan kemuliaan pada tempatnya yang tepat dan wajar. Raja Ali Haji menghuraikan dengan ringkas nahu bahasa Melayu berdasarkan konsep, istilah dan huraian nahu bahasa Arab, serta makna dan penggunaan kosa kata Melayu iaitu bermula daripada perkataan yang berhuruf atau berabjad alif tetapi hanya sehingga berabajad ca sahaja.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM HIKAYAT HANG TUAH

1.0       Pengenalan
Hikayat Hang Tuah ialah epik kebanggaan Melayu yang menggambarkan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak beliau masih kecil lagi. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu yang sentiasa setia disampingnya. Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap raja yang tidak berbelah bahagi terutama dalam masyarakat Melayu feudal.
Pelbagai watak protagonis dan antagonis menarik yang terdapat di dalam karya agung ini yang dapat menarik minat pembaca atau pelajar untuk terus menikmati karya epik ini. Watak utama di dalam Hikayat ini ialah Hang Tuah manakala watak-watak lain seperti Patih Gajah Mada, Raja Melaka, Tun Teja, Bendahara Paduka Raja dan lain-lain merupakan watak sampingan untuk menghidupkan dan memperhebat lagi hikayat ini.  Watak dan perwatakan ini boleh dijadikan teladan atau pun falsafah hidup kepada pembaca kerana karya agung ini menampilkan banyak unsur pengajaran dan nilai-nilai murni yang boleh diambil iktibar. Contohnya ialah kesetiaan kepada raja dan negara, semangat setia kawan, patriotisme, tidak mungkir janji, kekejaman pemerintah dan sebagainya.

Sebab-Sebab Syeikh Nuruddin ar-Raniri Menentang Ajaran Hamzah Fansuri


Abstrak
Hamzah Fansuri dan Syeikh Nuruddin ar-Raniri merupakan tokoh yang sangat terkenal suatu ketika dahulu.  Walaupun dilahirkan di negara yang sama, kedus-dua tokoh tersebut masih tidak dapat menerima pendapat masing-masing.  Karya-karya yang dihasilkan oleh mereka amat berkualiti dan banyak berkisar tentang aspek keagamaan.  Hamzah Fansuri lebih kepada pegangan ilmu tasawuf heterodoks , manakala Syeikh Nuruddin ar-Raniri  pula lebih kepada fahaman ilmu tasawuf ortodoks.  Hal ini menyebabkan kedua-dua tokoh tersebut tidah sehaluan terutamanya dalam ilmu tasawuf tersebut.  Dalam hal ini, Syeikh Nuruddin ar-Raniri menolak keras tentang aliran Wahdatul Wujud yang dipegang oleh Hamzah Fansuri.  Hal ini lebih mendorongkan lagi untuk Syeikh Nuruddin ar-Raniri mengatakan Hamzah Fansuri menyebarkan ilmu sesat.  Dalam hal ini, Syamsuddin al-Sumaterani telah menjadi pengikut setia Hamzah Fansuri. 

 1.0       Pengenalan
Syeikh Nuruddin ar-Raniri pernah menulis dalam bukunya Bustan al Salatin tentang ulama-ulama dari Mekah dan Gujerat dating mengajar di Acheh.  Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak nama tersebut Syeikh Nuruddin langsung tidak menyebut tentang Hamzah Fansuri sedangkan Hamzah Fansuri juga ialah seorang ulama yang terkenal pada waktu itu.   Melalui buku-buku yang dikaji, pengkaji dapat mentafsirkan bahawa sebab utama Syeikh Nuruddin ar-Raniri tidak dapat menerima fahaman Hamzah Fansuri disebabkan oleh Hamzah Fansuri mengamalkan aliran Wahdatul Wujud.

ANALISIS KARYA AGUNG

BUSTAN AL-KATIBIN 

Konsep Penulisan
Bustan al-Katibin merupakan tulisan yang paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh orang Melayu, iaitu Raja Ali Haji yang berasal dari Pulau Penyengat di Kepulauan Riau.  Berdasarkan hikayat ini, Raja Ali Haji cuba menyemaikan konsep adab yang sebenar sebagai satu kaedah disiplin yang membolehkan seseorang Melayu itu mengenali tertib kedudukan dirinya dalam masyarakat dan alam sekitarnya yang nyata serta yang ghaib dengan lebih tepat dan wajar, tertib kedudukan ilmu, yang semua itu akan membawa kepada pengenalan dan pengakuan terhadap kedudukan Tuhan yang tertinggi dalam seluruh martabat kewujudan.  Kesemua itu hanya boleh disemai melalui pengajaran bahasa, ilmu dan adab yang diperturunkan kepada aseluruh masyarakat Islam dari zaman permulaan Islam lagi.
            Selain itu, konsep penulisan yang terdapat dalam hikayat ini adalah secara langsung diambil daripada bahasa Arab.  Hikayat ini yang menekankan tentang bidang nahu bahasa Melayu iaitu bidang fonologi, morfologi, dan sintaksis keseluruhannya dipinjam dalam bahasa Arab.  Pengaruh bahasa Arab dalam nahu bahasa Melayu yang terdapat dalam hikayat Bustan al-Katibin ini adalah disebabkan oleh latar belakang pendidikan Raja Ali Haji yang amat menguasai bahasa Arab.  Oleh hal yang demikianlah hasil karyanya turut dipengaruhi oleh bahasa Arab.  

NILAI ILMU DAN MAKLUMAT

Ilmu Firasat

Ilmu firasat merupakan salah satu bentuk ilmu yang berkait rapat dengan kebolehan “membaca” perwatakan manusia melalui tanda yang ada pada tubuh. Tanda pada tubuh tersebut bukan sesuatu yang dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi berdasarkan kepercayaan dan pengalaman yang hidup subur dalam nilai budaya dan amalan hidup masyarakat. Antara karya yang memuatkan penceritaan tentang firasat ialah Taj al –Salatin dan Bustan al-Salatin.

Medan makna firasat dalam The Encyclopedia of Islam didefinisikan sebagai: “ a technique of inductive divination which permits the foretelling of moral conditions and psychological behaviour from external indications and physical states. These indications are provided by colours, forms and limbs; they reveal the secrets of characters and minds
                                                                      (The Encyclopedia of Islam, 1991: 916)

CONTOH KARYA AGUNG

Tuhfat Al-Nafis

Tuhfat al-Nafis adalah sebuah buku sejarah karangan Raja Ali Haji, sasterawan dari Riau dan pangeran kesultanan Riau-Lingga keturunan Bugis. Karya ini telah dikarang pada 3 Syaaban 1282H iaitu bersamaan 1865M dan dikayakan sebagai lanjutan daripada Salasilah Melayu dan Bugis. Tuhfat al-Nafis bermaksud “hadiah paling berharga” yang merupakan sebuah karya sejarah yang mengisahkan tentang sejarah Kepulauan Riau-Lingga, Siak, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi pada awal abad ke-19. Karya ini juga dikatakan kitab sejarah yang terpenting dalam kesusaateraan Melayu selepas Sulalatus Salatin karya Tun Seri lanang, seorang Bendahara di Johor sekitar tahun 1612.

Karya ini menceritakan tentang sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Tuhfat al-Nafis meliputi penceritaan tentang kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi. Karya ini dimulakan dengan ringkasan yang diambil daripada Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu. Seterusnya, penulis menceritakan dengan lebih terperinci mengenai sejarah Kesultanan Johor-Riau. Watak utama dalam Tuhfat al-Nafis adalah orang-orang Bugis yang dikatakan gagah dan berdiplomasi sehinggakan dapat meraih kedudukan penting di negeri-negeri Riau, Selangor, Sambas dan Matan-Sukadana.

IDEALISME DAN FALSAFAH DALAM KARYA AGUNG MELAYU

Idealisme  dan Falsafah Melayu

Idealisme dan falsafah diadaptasikan oleh tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Penerapan kedua-dua elemen ini dalam sesuatu karya agung amat diperlukan dalam pengoperasian sesuatu karya agung. Idealisme adalah sifat iaitu sikap atau perbuatan melihat atau mencita-citakan sesuuatu dalam bentuk yang ideal. Idealisme didefinisikan sebagai satu sifat dalam bentuk yang ideal (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Idealisme adalah pemikiran seseorang tokoh dalam melahirkan karyanya. Manakala falsafah menurut Hashim Hj. Musa (2006) ialah kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia.

Idealisme bersumberkan alam

Idealisme bersumberkan alam ini dapat dibahagikan kepada kategori seperti berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan lain-lain. Idealisme ini terbahagi kepada beberapa aliran iaitu romantisme, simbolisme, ekspresionalisme, mistisma, surealisme. Antara kesemua aliran ini hanya simbolisme sahaja yang meyentuh mengenai sumber alam iaitu aliran kesusasteraan yang menyajikan tokoh-tokoh bukan manusia tetapi binatang dan tumbuh-tumbuhan yang disimbolkan sebagai perilaku manusia (Mohd Rashid Md Idris, 2014: 230). Pengarang-pengarang Melayu pada zaman dahulu menggunakan sumber alam untuk menyampaikan sesuatu. Antara contoh idealisme bersumberkan alam ialah:

UNSUR-UNSUR SEJARAH DALAM HIKAYAT RAJA PASAI


Sejarah  Mitos Kelahiran Puteri Betung ( Puteri Betong)
           
Semasa Raja Muhammad dan rakyatnya menebas hutan rimba, terdapat serumpun buluh yang mempunyai  betung yang  amat tebal.   Walaupun betung itu telah ditebas, betung tersebut akan tumbuh semula.  Oleh itu, apabila Raja Muhammad mengetahui tentang hal ini, baginda sendiri turun ke hutan untuk menebas betung yang di perkatakan oleh rakyatnya itu.  Dalam usaha Raja Muhammad menebas rebung itu, baginda hairan melihat rebung yang paling besar di antara rebung-rebung yang lain.  Rebung itu boleh diibaratkan sebesar badan manusia. Kemudian semasa Raja Muhammad ingin menebas betung itu, secara tiba-tiba muncul seorang bayi perempuan yang amat cantik dan sempurna sifatnya.  Raja Muhammad telah mengambil dan membawa bayi itu ke istanan. Setibanya di rumah, Raja Muhammad menceritakan peristiwa yang dialami kepada isterinya.  Selepas itu, mereka  sepakat untuk memelihara bayi itu dan menamakannya sebagai “Puteri Betung”.       

HAMZAH FANSURI

Menurut Ismail Yusoff dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru (2008), Hamzah Fansuri merupakan seorang tokoh agama yang terkenal dengan menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.  Menurut Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku Ismail  Yusoff ini, tempat dan tarikh Hamzah Fansuri dilahirkan masih belum diketahui.  Namun begitu, Hamzah Fansuri disahkan hidup ketika pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah IV Saiyidil Mukammil ( 1589-1604) hingga awal pemerintahan Sultan Iskandar Muda Ali Riayat Shah V (1604-1607) sehinggalah pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636). 

Menurut Ismail Hamid dalam bukunya Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama (1987), Hamzah Fansuri dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Fansur.  Pada zaman Kesultanan Acheh, kampung Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di daerah Acheh Selatan.  Ayah Hamzah merupakan seorang ulama yang terkenal di Barus dan disebabkan itulah beliau turut menurut jejak langkah ayahnya sehingga menjadi seorang tokoh ulama yang besar.

SHEIKH NURUDDIN AL-RANIRI

Menurut Ismail Hamid dalam bukunya Perkembangan Kesusateraan Melayu Lama (1987), Syeikh Nuruddin ar- Raniri adalah seorang ulama yang dilahirkan di Ranir, Gujarat, India dan berketurunan Arab Quraisy. Ayahnya berasal daripada keturunan Arab. Ketika itu, bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan di Asia Tenggara  dan dipelajari oleh pelbagai bangsa yang mengunjungi Alam Melayu.  Tambahan lagi, bapa saudaranya yang bertugas sebagai guru tasawuf di Acheh mendorong Syeikh Nuruddin untuk mempelajari Bahasa Melayu.  Pada tahun 1637, Syeikh Nuruddin telah kembali ke Acheh selepas berada di Mekah selama beberapa tahun iaitu pada pemerintahan Sultan Iskandar Sani.

DEFINISI DAN ETIMOLOGI MELAYU

Etimologi bermaksud kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. Menurut Mohd Rashid (2007), Melayu itu bermula daripada perkataan Sanskrit ‘Malaya’ atau daripada perkataan Tamil ‘Malai’ yang bermaksud bukit atau tanah tinggi. Orang Portugis menggelarnya sebagai Malayo. Menurut Abdul Rashid (2005) dalam kajian Zuber Osman sebelum menentukan apa itu bahasa Melayu, terlebih dahulu tentukan pengertian perkataan ‘Melayu’. Perkataan Melayu berasal daripada ‘Himalaya’ yang telah disingkatkan kepada ‘Malaya’, daan kemudiannya menjadi Melayu. Perkataan ‘Himalaya’ berasal daripada perkataan ‘hima’ dan ‘alaya’. ‘Hima’ bermaksud salji atau salju. Manakala ‘alaya’ bermaksud tempat. Oleh itu, hima alaya maksudnya ialah tempat sejuk, seperti di puncak gunung  ganang yang tinggi. 

Tuesday, May 6, 2014

DEFINISI KARYA AGUNG

Karya Agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan kepada sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.