Tuhfat Al-Nafis
Tuhfat
al-Nafis adalah sebuah buku sejarah karangan Raja Ali Haji, sasterawan dari
Riau dan pangeran kesultanan Riau-Lingga keturunan Bugis. Karya ini telah
dikarang pada 3 Syaaban 1282H iaitu bersamaan 1865M dan dikayakan sebagai
lanjutan daripada Salasilah Melayu dan Bugis. Tuhfat al-Nafis bermaksud “hadiah
paling berharga” yang merupakan sebuah karya sejarah yang mengisahkan tentang
sejarah Kepulauan Riau-Lingga, Siak, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan
Betawi pada awal abad ke-19. Karya ini juga dikatakan kitab sejarah yang
terpenting dalam kesusaateraan Melayu selepas Sulalatus Salatin karya Tun Seri
lanang, seorang Bendahara di Johor sekitar tahun 1612.
Karya ini menceritakan tentang sejarah Kerajaan
Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan
Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling
kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad
ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga
pertengahan abad ke-19. Tuhfat al-Nafis meliputi penceritaan tentang kerajaan
Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi.
Karya ini dimulakan dengan ringkasan yang diambil daripada Sulatus Salatin atau
Sejarah Melayu. Seterusnya, penulis menceritakan dengan lebih terperinci mengenai
sejarah Kesultanan Johor-Riau. Watak utama dalam Tuhfat al-Nafis adalah
orang-orang Bugis yang dikatakan gagah dan berdiplomasi sehinggakan dapat
meraih kedudukan penting di negeri-negeri Riau, Selangor, Sambas dan
Matan-Sukadana.
Ringkasnya, bab-bab dalam karya Tuhfat al-Nafis
merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Raja-raja Melayu pertama dan
Salasilah Melayu, Raja-raja Siak dan Salasilah mereka, Salasilah keturunan
Bugis, Raja Kechik, Bugis di Mempawah, Perbalahan antara Perak dan Selangor,
Belanda menetap di Tanjung Pinang dan Tengku Husin menjadi Sultan Singapura.
Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu)
Sulalatus
salatin menceritakan mengenai raja-raja Melaka seramai 10 0rang yang memerintah
Melaka. Tun seri Lanang menceritakan seorang demi seorang bermula daripada
Melaka mencapai zaman kegemilangan hinggalah zaman kejatuhannya. Cerita
terakhir dikisahkan angkatan Peringgi yang diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque
menyerang Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada Peringgi dan menyebabkan Sultan
Mahmud lari ke negeri Pahang. Sulalatus salatin memeparkan 34 kisah yang menyingkap
mengenai pemerintahan Melayu Melaka dan kisah-kisah yang boleh dijadikan
iktibar oleh masyarakat Melayu. Kisah-kisah yang diceritakan dalam buku ini
bercampur aduk din antara perkara yang benar-benar berlaku dan mitos yang
dipercayai oleh masyarakat Melayu. Contoh perkara yang benar-benar berlaku
adalah mengenai zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Manakala
perkara-perkara mitos pula ialah mengenai tulah raja. Tulah raja ditulis hanya
mitos supaya rakyat takut kepada raja dan patuh dan taat kepada perintah raja.
Peristiwa yang berlaku dalam sulalatus salatin ini
berkisarkan tentang latar tempat yang luas dan masa yang agak panjang. Latar
tempat yang diceritakan di dalam Sulalatus Salati ini tidak hanya berfokus di
negeri Melaka semata-mata malahan turut berlaku di tempat-tempat lain seperti
Majapahit, siam, China Keling dan sebagainya. Manakala latar masa perkembangan
cerita di dalam Sulalatus Salatin ini mengambil masa yang lama iaitu melebihi
seratus tahun. Ianya bermula dari awal zaman pembukaan negeri Melaka
sehinggalah negeri Melaka jatuh ke tangan Feringgi pada tahun 1511. Pengkisahan
yang berlaku adalah di sekitar raja-raja Melatu bertujuan untuk menggambarkan
kedudukan dan kebesaran raja-raja Melayu Melaka yang memerintah dan keagungan yang
diperintah oleh mereka.
Hikayat Hang Tuah
Hikayat
Hang Tuah telah ditulis sekitar tahun 1641-1736. Hikayat ini adalah
satu-satunya epik Melayu yang memaparkan cita-cita, kebolehan dan sikap hidup
orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu
sebagai bangsa yang berbudaya dan bertamadun dengan menonjolkal sifat-sifat
bangga diri, kepintaran, keberanian dan budi bahasa halus, yang memperolehi
penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing iaitu sumber
hubungan luar ketamadunan Mellayu pada zaman prapencerobohan Portugis di
Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekel
dalam minda Melayu hingga hari ini iaitu “Takkan Melayu hilang di dunia”.
Hang Tuah adalah seorang laksamana yang unggul serta
pahlawan Melayu yang gagah semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka
pada abad ke-15. Sewaktu umurnya sepuluh tahun, Hang Tuah bersahabat karib
dengan empat orang lelaki yang sebaya dengannya iaitu hang Jebat, Hang Kasturi,
Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka boleh diibaratkan bagaikan isi dengan kuku.
Ketika belayar ke Pulau Tinggi, Hang Tuah dan para sahabatnya telah membunuh
segerombolan lanun lalu mereka diambil berkhidmat di bawah Sultan oleh
Bendahara yang kagum dengan kepahlawanan mereka pada usia muda itu.
Semasa Hang Tuah mengiringi Sultan ke Majapahit,
beliau telah menyahut cabaran seorang pahlawan Jawa yang Mashyur dikenali
sebagai Taming Sari dan jika berjaya mengalahkan Taming Sari beliau akan
memperoleh keris Taming sari itu.Taming Sari adalah anak buah Empayar majapahit
yang telah dihadiakan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan
pemiliknya kebal. Kemenangan Hang Tuah kepada taming sari menyebabkannya
dikurniakan keris Taming sari dan gelaran Laksamana dengan sepersalinan pakaian
oleh Seri Betara.
Laksamana Hang Tuah telah menjadi orang kesayangan
Sultan dan hal ini telah menimbulkan rasa iri hati dalam kalangan kerabat
diraja termasuk Patih Karma Wijaya. Suatu tuduhan palsu telah dibuat terhadap
Hang Tuah iaitu beliau telah dituduh berzina dengan dayang Sultan, dan Hang
Tuah serta merta dijatuhi hukuman mati oleh Sultan yang murka tanpa sebarang
usul periksa. Walau bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan oleh
Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikan di Inderapura.
Hang Jebat yang mempercayai kematian Hang Tuah telah
melakukan pemberontakan membalas dendam terhadap Sultan Mansur Shah demi
membela kematian sahabatnya disamping menyebabkan huru hara dalam kalangan
rakyat Melaka. Seterusnya, Sultan meninggalkan istana dan mengumumkan Hang
Jebat sebagai penderhaka. Semua percubaan untuk membunuh Hang Jebat tidak
berhasil. Sultan Mansur Shah berasa kesal akan hukuman mati yang telah
dijatuhkan kepada Hang Tuah kerana Hang Tuah merupakan satu-satunya wira yang
berkeupayaan untuk membunuh Hang Jebat.
Akhirnya, Bendahara membuka rahsianya dan memanggil
Hang Tuah pulang daripada persembunyiannya. Hang Tuah telah diampuni oleh
Sultan. Satu pertarungan telah berlaku antara Hang Tuah dengan Hang Jebat yang
mana pertarungan itu berlaku selama tujuh hari. Dalam perlawanan itu, Hang tuah
telah berjaya membunuh hang Jebat dan mendapay semula keris Taming sarinya.
Hang Jebat mengamuk selama tiga hari sebelum menghembuskan mafasnya yang
terakhir.
Kemudian, orang-orang Feringgi (portugis) Berjaya
menawan Melaka dengan membedil kota Melaka. Penggempuran ini telah dilakukan
serentak dengan kedatangan dua angkatan laut dari Manila dan Negara Feringgi.
Pahlawan Melaka pun menemukan kegagalan dan seterusnya berundur ke selatan. Di
sini, mereka telah mendirikan sebuah kerajaan baharu yang dikenali sebagai
Kerajaan Johor Lama. Setelah itu, Hang Tuah terus menghilangkan diri dan tidak
pernah dilihat lagi. Berita mengenai Laksamana Hang Tuah juga tidak kedengaran lagi
tetapi beliau dipercayai masih hidup pada akhir hikayat ini. Hikayat ini
diakhiri dengan semangat nasionalisme yang kekal sehingga hari ini iaitu
“Takkan Melayu Hilang di Dunia”. Hikayat Hang Tuah turut dikemukakan oleh
Malaysia sebagai Warisan Dunia untuk dimasukkan ke dalam daftar Ingatan dunia-
Memory of the World Register pada 2001.
Hikayat Abdullah
Hikayat
Abdullah Munsyi adalah suatu penceritaan yang memaparkan kehidupan penduduk
negeri Melaka. Keadaan ini berlaku dalam tahun 1800 hingga tahun 1840-an.
Peristiwa yang terdapat dalam hikayat ini adalah dialami, didengar dan dilihat
sendiri oleh Abdullah Munsyi (Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi). Hikayat ini
bukannya berupa penulisan sejarah atau politik yang tulen. Ianya membentangkan
suatu analisis sejarah yang mengesahkan pergolakan politik dan pemerintahan.
Tiada sebarang tarikh yang spesifik atau relevan dalam kisah-kisah yang
dihuraikan beliau.
Hikayat Abdullah mengandungi riwayat hidup Abdullah,
keturunan, zaman kanak-kanak zaman persekolahan, minat dan latar belakang
keluarga beliau. Kesemua ini hanya terkandung dalam pada permulaan hikayat ini
sahaja iaitu sebahagian kecil sahaja daripada penceritaan Hikayat Abdullah. Walau
bagaimanapun, segelintir tokoh sastera atau sejarah berpendapat bahawa Hikayat
Abdullah dapat diklasifikasikan sebagai sebuah penulisan autobiografi.
Sebahagian besar kisah yang terkandung dalam hikayat ini adalah berkisarkan
peristiwa harian terutamanya berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman
Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris iaitu para pegawai Inggeris yang
bekerja di dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Penceritaan ini juga
berhubungan tentang penduduk tempatan dengan pemerintah. Oleh hal yang
demikian, terdapat tokoh sastera yang berpendapat kurang tepat jika menyifatkan
hikayat ini sebagai autobiografi.
Beliau juga ada mencatatkan tentang pelayarannya ke
Singapura dan mengkritik suasana sosial yang bersifat negatif pada masa itu.
Kritikan yang disampaikan oleh Abdullah juga menjurus kepada sikap pemerintah
yang mementingkan diri dan mudah termakan dengan pujuk rayu penjajah serta
sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak mahu mengubah kehidupan mereka agar
menjadi lebih baik. Kritikan itu menyebabkan Abdullah digelar sebagai “Abdullah
Paderi” oleh orang Melayu. Gelaran ini timbul disebabkan Abdullah sering
menolong orang putih. Contohnya, beliau telah ditugaskan untuk menyalin dan
membaikpulih terjemahan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Beliau juga turut mengkritik golongan penjajah dengan menyatakan bahawa
golongan penjajah hanya tahu mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang
Melayu. Hikayat Abdullah yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani mengandungi
23 bab yang mana setiap bab mempunyai cerita dan kisah-kisah yang tersendiri.
Hikayat Merong
Mahawangsa
Hikayat
Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu
tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan
tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai,
Hikayat Acheh, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan lain-lain lagi. Judul
hikayat ini diambil daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang
dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja
yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka dan kemudiannya dikenali
sebagai negeri Kedah Zamin Turan.
Penulisan hikayat ini menggabungkan ketiga-tiga
unsur tempatan. Unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri
Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya seorang
pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan traisional Melayu
kerana memulakan ceritanya dengan mengemukakan asal usul rajanya, peristiwa
yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai
keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan
terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin
disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian
dan kacamata masyarakat sezaman.
Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah
tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya
sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis
dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah negeri Kedah mengikut
penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.
terima kasih
ReplyDelete